Nasihat/Advice




9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan 
keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang 
perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA 
IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, 
diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis 
lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS 
kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka 
jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh 
malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK 
telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu 
telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala 
PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa 
puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk 
berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI 
JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk 
disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, 
sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN 
UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan
kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak 
pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK 
SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar 
menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah 
menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir 
muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

0 comments:

Post a Comment